

RAYUAN DANA WAKAF PEMBINAAN MASJID DI INDONESIA
&
PENYELENGGARAAN MASJID DI MALAYSIA
Bayangkan hampir saban tahun Indonesia di gemparkan
dengan bencana gempa bumi. Hampir kesemua harta benda, kediaman dan masjid
musnah.
Pada tahun 2018, Sulawesi Indonesia telah ditimpa
gempa dan tsunami yang telah memusnahkan 191 masjid di sana.
Pihak Yayasan ammirul ummah dalam misi untuk membantu saudara kita membina semula semua masjid di sana. Bantuan kewangan daripada pihak tuan puan amat di perlukan.
Allahu berat mata memandang berat lagi bahu yng memikul. Itulah yang dapat kami gambarkan pada Ketika itu. hasil tinjauan pasukan kami di Indonesia rata rata penduduk di sana hilang tempat untuk beribadat. Mereka meluahkan rasa sedih dan kecewa kerana satu satunya tempat ibadat mereka telah musnah.besar Harapan mereka untuk melihat masjid di bina semula di tanah air sendiri.
Dalam keadaan genting wabak COVID kini, Allah masih memberikan kita rezeki, dan kita masih dalam keadaan yang baik. Namun lihatlah mereka yang bergelut dengan ujian yang lebih besar, selayaknya kita perlu bersyukur dengan apa yang ada.
Maka kami dari Yayasan Ammirul Ummah telah
melancarkan Rayuan dana pembinaan masjid di Indonesia.
Antara solusi pantas yang telah kami lakukan adalah
dengan mempercepatkan proses pembinaan masjid-masjid di sana.
Setakat ini jumlah masjid yang sudah siap di bina adalah 6 buah masjid. Namun terdapat beberapa buah lagi masjid yang masih dalam proses pembinaan.
Sejak gempa bumi melanda di kawsan sumatera
Indonesia, pasukan kami telah turun padang untuk meninjau dan membantu
membersihkan Kawasan yang terjejas.
AYUH, TUAN PUAN KITA SUMBANG, KAMI AKAN SAMPAIKAN
Ø
Baki
dana terkini yang diperlukan untuk pembinaan masjid di Indonesia adalah RM400 000.00 untuk
pembangunan 4 masjid di Sumatera yang memerlukan bantuan dengan Segera!
Tabung dana masjid ini perlu digerakkan serta merta kerana keperluan yang sangat mendesak.
Ayuh! Bantu Mereka Walaupun Serendah RM 10 !
PENYELENGGARAAN MASJID DI MALAYSIA
Pada awal Februari 2021, kami Yayasan Amirul Ummah telah melawat beberapa buah masjid di terengganu. Sebanyak 10 buah masjid yang kami dapati berada dalam keadaan usang dan daif.
Masjid-masjid ini berada dalam kawasan pendalaman dan jauh daripada pusat pembangunan setempat. Masjid masjid ini juga dijadikan sebagai tempat mempelajari ilmu agama bagi masyarakat sekitarnya.
Allahu sayu hati kami melihat keadaan masjid di sana. Hanya Allah S.W.T yang mampu memberikan ganjaran sebaiknya kepada mereka atas kegigihan dan ketekunan mereka beribadat dalam keadaan serba kekurangan.
“Sesungguhnya
sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian
yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat
bangga pada diri sendiri.”
"AYUH, TUAN PUAN KITA SUMBANG, KAMI AKAN SAMPAIKAN"