Wakaf Al Quran Nusantara




Wakaf Al-Quran Nusantara  


Program utama Yayasan Ammirul Ummah adalah wakaf Al-Quran Nusantara. Yang mana kita fokus kepada mereka akibat bencana alam .

Marilah bersama Yayasan Ammirul Ummah untuk terus menyinari rantau Nusantara dengan cahaya Al-Quran melalui program infak tunai Wakaf Al-Quran Ummah / Nusantara.Cahaya Al-Quran bukan seperti cahaya lampu atau pelita, tetapi cahaya Al-Quran mampu untuk menerangi hati sanubari dan menerangi kehidupan, bahkah menjadi pembantu di alam kubur dan akhirat kelak.


Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda: "Apabila anak Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: Sedekah yang berlaku terus menerus, ilmu pengetahuan yang dimanfaatkan, dan anak soleh yang mendoakan dia." (Hadis Riwayat Muslim)

Yayasan Ammirul Ummah telah melancarkan Program Wakaf Al-Quran untuk membuka peluang kepada seluruh umat Islam bersama-sama menebar kebaikan serta memberi bantuan kepada pusat-pusat tahfiz atau golongan yang memerlukan

Niatkanlah wakaf anda atas nama:

·         Ibu bapa tercinta yang masih hidup mahupun telah meninggal dunia

·         Keluarga:suami/isteri , mak ayah kandung,mak mertua,guru, Arwah

·         Kenalan: Mereka yang kita berhutang tetapi terputus hubungan, mereka yang pernah berbuat baik sebagai membalas jasa.


Yang bestnya, kita bukan saja dapat berbakti kepada roh orang tua yang telah pergi, tetapi kita juga dapat bahagiakan anak-anak muslim kita yang lain bila terima Quran baru.



Kita hanya berwakaf sekali, namun pahala mengalir masuk dalam akaun akhirat selamanya. Setiap ayat Quran yang dibaca hasil dari sumbangan kita, orang yang kita wakafkan dan diri kita juga turut terima ganjarannya.


Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

(Sunan Tirmizi)

Subhanallah, begitu banyak kelebihan bersedekah kan?


Jom sama sama kita membantu lebih ramai lagi para pelajar yang ingin menghafaz dan menegakkan khalimah Allah

Semoga hasil wakaf  tuan/puan mendapat keberkatan, diluaskan seluasnya pintu rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa tuan/puan. Aamiin

Berapa yang anda boleh sumbangkan untuk kempen wakaf Al-Quran ini?

Tuan/Puan boleh menyumbang mengikut pakej yang kami sediakan di bawah :

 

Pakej 1: 10 naskah=RM500

Pakej 2: 6 naskah=RM300

Pakej 3:3 naskah=RM150

Pakej 4:2 naskah = RM100

Pakej 5:1 naskah=RM50

 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
WAKAF AL QURAN 10 NASKAH = RM500
WAKAF AL QURAN 6 NASKAH = RM300
WAKAF AL QURAN 3 NASKAH = RM150
WAKAF AL QURAN 2 NASKAH =RM100
WAKAF AL QURAN 1 NASKAH = RM50
WAKAF AL QURAN SEIKHLAS HATI RM10
WAKAF AL QURAN SEIKHLAS HATI RM5
WAKAF AL QURAN SEIKHLAS HATI RM2
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN