
WAKAF AL-QURAN NUSANTARA
Program utama Yayasan Ammirul Ummah adalah wakaf Al-Quran
Nusantara. Yang mana kita fokus kepada mereka akibat bencana alam .
Marilah bersama Yayasan Ammirul Ummah untuk terus menyinari
rantau Nusantara dengan cahaya Al-Quran melalui program infak tunai Wakaf
Al-Quran Ummah / Nusantara.Cahaya Al-Quran bukan seperti cahaya lampu atau
pelita, tetapi cahaya Al-Quran mampu untuk menerangi hati sanubari dan
menerangi kehidupan, bahkah menjadi pembantu di alam kubur dan akhirat kelak.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda: "Apabila anak
Adam itu mati, maka terputuslah amalnya, kecuali (amal) dari tiga ini: Sedekah
yang berlaku terus menerus, ilmu pengetahuan yang dimanfaatkan, dan anak soleh
yang mendoakan dia." (Hadis Riwayat Muslim)
Yayasan Ammirul Ummah telah melancarkan Program Wakaf Al-Quran untuk membuka
peluang kepada seluruh umat Islam bersama-sama menebar kebaikan serta memberi
bantuan kepada pusat-pusat tahfiz atau golongan yang memerlukan
Niatkanlah wakaf anda atas nama:
·
Ibu bapa tercinta yang masih hidup mahupun telah
meninggal dunia
·
Keluarga:suami/isteri , mak ayah kandung,mak
mertua,guru, Arwah
· Kenalan: Mereka yang kita berhutang tetapi terputus hubungan, mereka yang pernah berbuat baik sebagai membalas jasa.
Yang bestnya, kita bukan saja dapat berbakti kepada roh orang tua yang telah pergi, tetapi kita juga dapat bahagiakan anak-anak muslim kita yang lain bila terima Quran baru.
Kita hanya berwakaf sekali, namun pahala mengalir masuk dalam
akaun akhirat selamanya. Setiap ayat Quran yang dibaca hasil dari sumbangan
kita, orang yang kita wakafkan dan diri kita juga turut terima ganjarannya.
Abdullah bin Mas’ud
menyatakan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia
melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali.
Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu
huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
(Sunan Tirmizi)
Subhanallah, begitu banyak kelebihan bersedekah kan?
Jom sama sama kita membantu lebih ramai lagi para pelajar yang ingin menghafaz
dan menegakkan khalimah Allah
Semoga hasil wakaf
tuan/puan mendapat keberkatan, diluaskan seluasnya pintu rezeki dan
dipermudahkan segala urusan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa
tuan/puan. Aamiin
Berapa yang anda boleh sumbangkan untuk kempen wakaf
Al-Quran ini?
Tuan/Puan boleh menyumbang mengikut pakej yang kami sediakan
di bawah :