
INDAHNYA BERKONGSI REZEKI DI BULAN RAMADHAN
DAHSYATNYA SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN
Ramadhan merupakan hadiah daripada Allah SWT kepada kita untuk menanam benih amalan kerana setiap amalan akan dijanjikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api" (HR. Tirmidzi, dishahihkan Al Al bani dalam shahih At Tirmidzi, 614)
Salah satu sebab Rasulullah SAW memberi teladan untuk lebih bersemangat dalam bersedekah di bulan Ramadhan adalah kerana bersedekah di bulan ini lebih dahsyat berbanding sedekah di bulan lainnya.
KEBAIKAN SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN
1. Waktu yang mulia dan pahala berlipat ganda
2. Menutupi kekurangan ibadah puasa
3. Menggabungkan puasa dan sedekah adalah sebab seseorang dimudahkan masuk syurga
Sempena kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, Yayasan Ammirul Ummah ingin mengajak seluruh umat Islam di negara ini untuk bersama-sama merebut fadhilat yang tidak ternilai ini.
Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda kepada semua penaja dan diterima amal kebaikan mereka disisi Allah SWT ❤️



"BANTU KAMI UNTUK BANTU MEREKA"



"Barang siapa melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat. Barang siapa meringankan penderitaan seseorang, Allah akan melapangkannya di dunia dan akhirat kelak. Barang siapa menutupi (aib) seorang muslim, Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan di akhirat. Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu mahu menolong saudaranya." (HR. Muslim)
"AYUH TUAN PUAN KITA SUMBANG, KAMI AKAN SAMPAIKAN"