MASJID DHAIF DAN ROSAK AKIBAT BENCANA ALAM:
Jemaah setempat tiada masjid yang selesa untuk menunaikan amal ibadah dan menghadiri kelas agama
INFO PROGRAM
Dana Baik Pulih Masjid Usang & Rosak Akibat Bencana Pada tahun 2018, Sulawesi Indonesia telah ditimpa gempa dan tsunami yang telah memusnahkan 191 masjid di sana. Bayangkan hampir saban tahun Indonesia di gemparkan dengan bencana gempa bumi. Hampir kesemua harta benda, kediaman dan masjid musnah.
Maka kami dari Yayasan Ammirul Ummah telah melancarkan Rayuan bantuan dana baik pulih masjid usang dan rosak akibat bencana. Sebanyak 4 buah masjid yang dalam keadaan dhaif dan dibaikpulih. Masjid-masjid ini berada dalam kawasan pedalaman dan sukar mendapat bantuan daripada orang ramai.
Ada juga beberapa buah masjid yang rosak & musnah akibat bencana gempa yang melanda Sehingga ke hari ini proses pembinaan tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan dana.
Kita membantu pembaikpulih sebuah masjid bermaksud kita membina atau menyediakan tempat perhimpunan umat Islam untuk beribadat, berhalaqah ilmu, bertadarrus al-Qur’an bermesyuarat dan lain-lain amal kebajikan. Jika dengan fasiliti dan kemudahan yang baik sudah pasti ilmu agama akan berkembang dengan lebih baik dan orang ramai dapat mengimarahkan masjid dengan menunaikan amal ibadah.
MASJID YANG TERKESAN
AYUH, TUAN PUAN KITA SUMBANG, KAMI AKAN SAMPAIKAN
Mereka juga teringin sujud di atas karpet lembut, berlantaikan marmar dan berdindingkan batu bata yang kukuh,selamat dan juga selesa. Baki dana terkini yang diperlukan untuk pembinaan masjid di Indonesia adalah RM400 000.00 untuk pembangunan 4 masjid yang memerlukan bantuan dengan Segera. Tabung dana masjid ini perlu digerakkan serta merta kerana keperluan yang sangat mendesak.
Ayuh! Bantu Mereka Walaupun Serendah RM 10 ! dengan siapnya masjid ini saudara kita akan mampu bersujud kepada pencipta dalam keadaan yang baik,khusyuk dan selesa.
Saudara kita di sana sudah tidak sabar untuk menggunakan masjid ini. Saudara kita di sana hanya mampu bersyukur kepada Ilahi apabila mereka mampu menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya dalam keadaan yang selesa seperti mana kita di sini.
''sesiapa yang membina masjid kerana allah, allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.” (hadith riwayat muslim).
KEADAAN MASJID TERKINI
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, berkat sumbangan anda semua salama ini, Akhirnya 8 daripada 12 masjid ini telah siap dibina. Ini antara tiga masjid yang telah siap dibina ialah Masjid Al Makmun, Masjid Darul Iktibar Banten dan juga Masjid Az Zikri Sumantera
Masjid ini telah siap dibina sepenuhnya dan penduduk di sana seronok kerana selepas ini mereka semua akan dapat mengimarahkan masjid dengan menunaikan amal ibadah.
Antara 4 buah Masjid yang masih dalam proses pembinaan/pembaikan ialah Masjid Miftahul Jannah, Masjid Nurul Mujahiddin, Masjid Muqarromah dan juga Masjid Miftahussudur.
KEADAAN TERKINI PEMBINAAN MASJID MIFTAHUL JANNAH 80%
KEADAAN TERKINI PEMBINAAN MASJID NURUL MUJAHIDIN 70%
KEADAAN TERKINI PEMBINAAN MASJID AL MUQARROMAH 65%
KEADAAN TERKINI PEMBINAAN MASJID MIFTAHUSSUDUR 82%
6 JANJI ALLAH PADA ORANG YANG BERSEDEKAH
Mendapat lindungan di hari akhirat
Dipanjangkan umurnya
Mendapat keberkataan daripada hartanya
Dosanya akan dihapuskan
Pahala dilipatgandakan
Dibebaskan daripada seksa kubur
Dikesempatan
ini, pihak yayasan ingin mengajak muslim dan muslimat sekalian untuk
bersama-sama menghulurkan tangan bersama-sama menjayakan Bantuan dana
baik pulih masjid usang & rosak akibat bencana.Sama-sama kita
membantu penduduk di sama. In Shaa Allah semoga Allah memberkati usaha
murni kita ini dan semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Maklumat Lanjut
Telefon: +60173163106